1.Education
-Aku nak sambung belajar sebab zaman sekarang kalau takde ijazah di tangan dan juga pengalaman aku NOTHING. Kerja macam ni la sampai ke tua!!! Aku nak cari kerja yang boleh kerja sampai ke tua. Maksud aku kerja tetap. Tak payah nak tukar2 kerja sbb aku tau kalau kerja tukar2 nanti rezeki tak kekal.
-Bila tengok kawan2 aku berjaya, aku akan rasa rendah diri, sampai satu ketika aku rasa diri ni tak berguna compare dengan kawan2 aku yang lain.
-Setelah banyak permohonan aku ditolak, aku rasa takut untuk memohon lagi sebab aku takut tak diterima lagi.
-Keluarga aku suruh kerja, tapi aku nak belajar. Susah kalau family tak faham kehendak aku. Nanti mereka akan membezakan dua kakak aku di mana along aku berijazah tapi baru skang hidup dia stabil, dan angah aku hanya lulusan SPM tapi dia lebih berjaya daripada along aku.
2.Finance
-Selepas musibah yang melanda aku tahun ni, aku asyik kekeringan duit. Duit simpanan aku habis untuk belanjakan semasa aku kehilangan wallet dan selepas kemalangan kereta. Aku malu nak pinjam dengan mak bapak aku sebab dah terlalu banyak aku pinjam dengan mereka.
3.Friendship
-Baru2 ni, aku dan kawan aku bergaduh sebab kononnya aku dah rampas couple dia. Entahla, tuhan je yang tahu situasi sebenarnya. Walhal, couple dia yg terhegeh2 nak kan aku. Aku malu sangat2 sebab dia panggil aku kimak la, perampas dan maki hamun nama aku kat fb. Dahla kawan2 aku ramai kat situ, apelah pandangan dorg kat aku pasni. Aku hanya mampu berdoa atas cacian yg dorg kasi kat aku.
4.Love
-Aku ada couple, tapi rasanya macam takde. Dia kata handphone dia rosak, okay fine. Aku boleh terima alasan dia untuk tak kol atau text aku. Tapi bila aku bukak page dia siap bole upload gambar la, chatting bagai la kat wall. Almost everyday kot aku mesej kat fb dia, tapi dia tak balas tp komen orang lain dia bole reply! GRRR.
-Aku dah serik nak bercinta, dah 5kali aku bercinta semua buat benda yang sama kat aku. Semua tergila-gilakan aku, tp bila dah bosan ngan aku, blah camtu jek. Macam aku ni robot yang takde perasaan plak. KEJAM. Mungkin aku ni seorang yang membosankan sampai dorg tak bole nak sayang kat aku. Aku redha, aku tau aku tak sempurna tapi cara dorg buat aku sungguh tak berperikemanusiaan langsung. For the time being, aku lebih suka bersendirian. Tenangkan fikiran, aku tanak kusutkan lagi masalah yg memang banyak sangat kat kepala otak aku ni.
Dear kawan,
Actually ade lagi masalah yang aku hadapi, cuma tak elok lah kalu aku tulis kat sini, Biarlah aku sorang je yang tau. Aku tau perjalanan hidup aku masih jauh lagi, aku kena cuba selesaikan masalah aku ni. Tapi akan ambil masa. Bila? Entahlah.