Bukannya senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk membuat kebaikan
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik kerana Kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahgiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita
Kita bukanlah kawan yang baik jika tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Monday, 2 March 2009
Kawan Yang Baik
Posted by Ean Haniff at 22:57 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)