Wednesday, 24 June 2009



Kata orang... Persahabatan boleh berakhir dengan cinta, tetapi tidak mungkin dan agak sukar untuk sebuah cinta berakhir dengan persahabatan...

kadang ada hal yang bisa kita ungkap lewat kata-kata... Tapi ada juga hal yang tidak mampu diucap, hanya lewat nota-nota...

Kadang tubuh kaku, kata-kata pula beku...

Saat hati menjadi sedih seumpama semangat yang tidak mahu pulih...

Kita harap bulan bisa mengerti, tapi bagai memberi kata yang tidak pasti...

Kita semai mimpi hari ini, bisakah kita tuai hasilnya satu saat nanti...?

Kau... Aku...

Dua jiwa Dua hati... Dua jasad Dua serba-serbi... Cinta, Kasih, Rindu, Sayang...

Di sini termenung... Ingatan melayang...

Kerja!





Hoho. Bosan dokh duk umah. Arituh kawan aku ade suro aku g interview kerja. Aku happy jek dengar ade kerja kosong. At least boleh dapat wet kan daripada dok umah jek membesarkan bontot jek. Hehe. Aku tanyela kawan aku kerja ape? Then dia kate kerja promoter buku. Mase tu aku terfikirkan orang yang kerja kat kedai buku. Kalu bab promoter aku memang pakar. Ceh. Mentang2 la bekas promoter. Hehe. Tapi hati aku kate direct selling. Huh. Takpelah aku kate g jek dulu interview tuh. Keesokan harinya, aku ngan kawan aku g interview kerja tuh. Bila aku sampai jek dia suro isi form, then bila dah abis dia kate tinggalkan beg dan hanya bawa wallet sahaja. Hurm. aku pelikla. Dia nak bawak aku g mane? Then, aku layan jek la. Mase dalam van abg sorang nih dia explain yang kerja tuh ialah direct selling. Walamak. Dalam hati aku cakap tak nak! Dengan hati yang berat aku ikot jek dorang g menjual buku kat YPJ. Hurm, aku nak cakap tak mao kerja tuh tapi pikirkan kawan aku yang recommend tak sedap pulak. Nanti dia kate aku ngada2 dan memilih kerja, tapi tu la realitinya. Aku tak sanggup nak kuar jalan tengah panas pastu jual buku. Hoh. Insane. Baek aku kerja kat Jusco jek. Ada air-con. Hehe. then, aku immediately kol bos lame aku tanye ade kerja kosong tak kat situ, dan bos aku kate ade dan sudi terima aku kerja balek. Wohoo. Seronok siot. Tapi terpaksalah aku tengok muka2 BLUEWAVE yang kimak tuh. Takpela. Janji dapat wet. After that, masalah jadi complicated cikit sebab aku tak tao macam mane nak cakap tak mao kerja direct selling tuh. Lastly, aku nekad gak bagitao tak berminat nak kerja tuh. Aku minta maaf kat kawan aku sebab tak dapat join kerja ngan dia. Cian dia tapi aku tak boleh wat kerja yang aku tak suka. Sori Afiq. I know ko paham aku kan. Hehe. Thanks. Dan aku akan memulakan kerja semula di Jusco tapi tak tahu bila. Aku tunggu saja panggilan dari bos aku.

FELC dan Graduation day!



Salam semua. Pagi2 lagi aku dah bangun tu pon cebab line tenet cepat. Ni lah masanya aku nak tulis blog. First thing first, aku rasa rindu sangat kat kawan2 kat FELC. Hurm, sunyi jek takde dorang. Now, aku dok kat umah, sangat boring la. Ramai kawan2 aku tanya FELC tu ape? So let me explain to you what is the meaning of FELC. Hehe. FELC stand for FELDA ENGLISH LANGUAGE CENTRE which is located at Kelana Jaya. Aku dapat tawaran belajar kursus english kat sana. Yup, aku anak felda. My parent used to work with Felda. So, aku bersyukur sangat dapat ambil this course to improve myself. Kat situlah aku jumpa kawan2 dari seluruh negeri kat Malaysia nih. Most of them adalah dari Felda. Tapi ada juga yang bukan dari Felda mendapat peluang mengikuti kursus nih. Banyak sangat unforgettable memories I've been through kat sana. Kami akan keluar outing petang dan pergi ke cc berdekatan dengan UNITAR. Haha. Klakar la sebab boleh dikatakan hari2 muka kitorang kat situ. Malam pula aktiviti main kad. sebelom aku datang situ aku langsung tak pernah tahu macam mane nak main kad. Contohnya poker, 21, kencing dan lain2. Haha. Aktiviti malam takkan sempurna kalu kitorang tak menempah NASI BUJANG kat warung KOPITIAM. Haha. Setiap malam pulak tuh tempah. Banyak betol duit dorang. Petang pon seronok sebab kitorang akan habiskan masa main futsal atau bola tampar kat field. Aku rasa rugi sangat sebab bila dah nak berakhir kursus nih aku rapat dengan semua orang. Hurm. Sedihla. Tapi aku akan make sure to keep in touch ngan dorang. Huh. Setelah 3 bulan belajar, aku rase bangga sangat sebab aku telah dianugerahi MOST IMPROVED STUDENT wokk. Berbaloi sangat ambil kursus nih. Caranya senang jek. Tak payah malu nak speaking depan public walaupun grammar salah. Pastu kena rajin bertanyalah kalau tak paham. Janganlah malas. Itulah caranya nak bina keyakinan dokh. Aku dah janji dengan diri aku untuk dapatkan at least satu award dan aku telah dapat. Seronok giler. HAHAHA.

Oke. Ni pulak nak citer pasal graduation day kat dewan merak kayangan. Hari tu bukan sahaja kami dari FELC yang ambil sijil, malah dari tempat lain pon ade cuma bebeza kursus yang mereka ambil. Nak dijadikan cerita, kat sane adela mamat2 yang handsome kan. hehe. Pastu aku ade perasan sorang mamat nih, hensem sangat. Dia asyik pandang2 aku jek. Ceh bukan perasan tao. Realiti. Then bila dia pandang aku, aku bagilah respon miang kat dia. Haha. Hobiku kan flirting with PLU. After that, semasa nak ambil makanan tah macam mane dy bole ade kat belakang aku. Terkejut beruk aku. Then, tiba2 dia tegur aku dan tanya soalan2. (point nak ngurat). Pastu, dia ajak aku makan ngan dy kan tapi aku kata tak ley sebab aku nak spend masa ngan kawan2 sebab da final day kan. So, tak sedap pulak nak duduk ngan orang lain. Then, with all of sudden, dia kasi no. fon dy kat aku. Wow. Tak sangkanya aku. Hehe. Berair puki nyah. Haha. Dia pesan selalu keep in touch. Aku ape lagi ambik la nombor dia. Bukan senang nak dapat no jantan hensem. Gedik siot aku. Hurm. And now kitorang selalu text each other. I find dia tuh romantik la. Ok kot. Tapi aku suka lelaki yang sempoi jek. Kalu ade jodoh adelah. Hehe. Realitinya memang tak akan ke mana kan cinta songsang nih.

Tuesday, 23 June 2009

Sedih, konfius dokh.




Ape perasaan korang bila dapat tawaran belajar dan dapat course yang korang nak?
mesti excited bukan? Ak pon rase excited sangat especially bila dapat tawaran dip. hospitality tourism which is something yang aku nak sangat belajar. Tapi, ada masalah pula. Sedih bila family tak support ape yang aku nak buat. Aku nak sangat belajar. Aku nak tebus balik malu sebab masa sekolah aku main2 jek. Aku nak buktikan kat dorang yang aku pon boleh berjaya cam orang lain. Tp susahkan kalu parent tak support sebab dorg yang kuarkan duit. Kalu dorg kata tak boleh, maknanya tak bolehla. Aku cuba pujuk dorang tapi jawapannya tetap sama. Huh. Sedih dokh. Aku paham, mereka tak kasi aku sambung belajar sebab takut aku tak dapat kerja bila dah habis belajar dan mase tu la ak kena bayar hutang ptptn. Lagi satu problem pula, bapa aku bagi syarat kalu nak belajar suro cari kolej kat JB jek. The problem is most of the offers from colleges are from KL. Ak pening dan semakin stress ngan situasi nih. Tak tahu nak buat ape.

Missh korang gile vavi!







huh. setelah 3 bulan menghabiskan mase kat KL, akhirnya aku pulang ke kampung halaman ku JOHOR. sedih meninggalkan rakan2 FELC cebab dorang best giler vavi. banyak sangat memories yang tak dapat dilupakan especially dengan rakan2 karibku di sana seperti Afi, Hazrul, Syafiq nok dan lain. i hope kite dapat berjumpa lagi tao pada masa akan datang. miss u'all. muahhhh.

Friday, 24 April 2009






Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...

Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...

Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...

Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...

Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...

Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...

Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...

Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...

Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,
Teman tetap paling setia...

Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga...

Monday, 2 March 2009

Kawan Yang Baik



Bukannya senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk membuat kebaikan



Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik kerana Kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahgiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita

Kita bukanlah kawan yang baik jika tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.